Jumaat, 21 November 2008

Program Pengantarabangsaan SM Sains Muar dengan SMAN1 Bukit Tinggi dan SMAN1 Padang Panjang Sumatera Barat Indonesia 25-29 Oktober 2008


Pengantarabangsaan SM Sains Muar kali ke-2 telah berlangsung pada 25-19 Oktober 2008. Kali ini SM Sains Muar mengunjungi SMAN1 Bukit Tinggi dan SMAN1 Padang Panjang, Sumatera Barat Indonesia.

Hari Pertama : 25.10.08 (SABTU)
Rombongan seramai 41 orang berangkat dari SM Sains Muar seawal pukul 7.00 pagi. Dengan menaiki bas SAMURA yang dipandu oleh Pak Din dan dibantu oleh Pak Adam menuju ke Port Dickson kerana perjalanan kali ini menggunakan feri menuju ke Dumai, Sumatera Indonesia.

Kami tiba di Jeti Port Dickson disambut oleh agen yang telah dihubungi lebih awal hampir jam 10.00 pagi. Kami terus bergegas ke bahagian tiket dan dokumentasi kerana semua urusan terpaksa dilaksanakan dengan kadar yang cepat disebabkan kami sudah agak lewat lantaran feri akan bertolak pada pukul 11.00 pagi.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, selepas memeriksa semua barang yang dibawa, dan pasport kami disemak kami pun berlepas ke Dumai, Sumatera, Indonesia.

11.00 pagi
Pada pukul 11.00 pagi kami bertolak ke Dumai dan tiba di dumai sekitar pukul 2.30 petang WIB (Waktu Indonesia Barat).

Kami diberikan 6 buah mpv setiap mpv membawa 7 hingga 6 orang.

Perjalanan memakan masa 10 hingga 12 jam. Kami singgah di beberapa buah tempat.

Walaupun perjalanannya memang memenatkan tapi sangat menyeronokkan.

Destinasi kunjungan kami ialah Kota Padang. Kami tiba di Kota Padang pada pukul 4.30 pagi. Terus ke hotel untuk R&R sementara menunggu bas yang akan membawa kami ke Bukit Tinggi.

Hari Kedua:26.10.08 (AHAD)
Pukul 8.00 pagi kami menunggu bas yang akan membawa kami ke Bukit Tinggi.

Perut sudah lapar kerana kalau di Malaysia waktu itu ialah pukul 9.00 pagi. Namun rupa-rupanya semua kedai dan restoran di Padang hanya beroperasi selepas pukul 9.00 pagi. Oleh itu kami mengambil keputusan untuk bersiar-siar di sekitar Kota Padang dan kami terus mengunjungi pantai di Kota Padang.

Kami melihat keindahan pantai Laut Hindi yang luas terbentang.

Gelagat kawan-kawan benar-benar mencuit hati kami.

Kami juga tidak melepaskan peluang merakamkan keindahan Kota Padang.

11.00 pagi
Kami bertolak ke Bukit Tinggi, dalam perjalanan kami singgah untuk bersarapan dan terus makan tengah hari. Inilah kali kedua kami makan masakan padang. Makanannya pedas-pedas. Lauknya banyak dan beraneka warna. Kami makan banyak kerana memang sudah kelaparan.

Dalam perjalanan kami singgah di beberapa buah tempat seperti di air terjun.

Kami juga singgah di tasek di kaki gunung merapi untuk menikmati keindahan di situ di samping makan kuih bika.


3.00 petang
Kami tiba di Bukit Tinggi pada pukul 3.00 petang. Kami pun terus dibawa ke Jam Gadang.

Sempatlah kami membeli-belah di Gedung Ramayana


8.00 mlam
• Bergerak ke Bukit Tinggi


• Pelajar menginap di Asrama SMAN1 Padang Panjang.
• Guru mendaftar dan menginap di Hotel di Bukit Tinggi




Hari Kedua:27.10.08 (ISNIN)
8.00 PAGI
• Bertolak ke SMAN1 Bukit Tinggi , Sumatera Barat, Indonesia



• Majlis Ramah Mesra Rombongan SAMURA



• Ucapan Ketua Rombongan


• Taklimat Lawatan
• Penyerahan Cenderamata


2.00 PETANG
• Makan Tengah Hari
• Bertolak ke SMAN1 Padang Panjang, Sumatera Barat
• Aktiviti Suai Kenal
• Majlis Pelancaran Program
• Majlis Pelancaran Program
• Majlis Suai Kenal antara Guru dengan Guru, dan pelajar dengan pelajar.
• Acara Tukar Cenderamata
• Persembahan Slaid oleh Pelajar Samura

8.00 malam
• Persembahan Kebudayaan Pelajar Malaysia
• Persembahan Kebudayaan Siswa Indonesia
• Majlis Penutupan Rasmi

Hari Ketiga: 28.10.08 (SELASA)
7.00 pagi
• Sarapan pagi
• Bertolak ke Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia.
• Lawatan Tempat Menarik Sekitar Bukit Tinggi dan Padang, Indonesia.

1.00 petang
• Makan Tengah hari di Bukit Tinggi
• Lawatan Sekitar Bandar Bukit Tinggi
• Bertolak ke Padang, Sumatera Barat, Indonesia

8.00 malam
• Makan Malam
• Mendaftar di Hotel Padang, Sumatera Barat, Indonesia

Hari Keempat: 29.10.08 (RABU)
7.00 pagi
• Bersarapan pagi
• Bertolak ke Lapangan Terbang Padang, Sumatera Barat, Indonesia.

8.30 pagi
* Bertolak pulang ke LCCT KL

12.00 Tengah hari
• Bertolak pulang ke SAMURA
• Tiba di SAMURAsebuah mengandungi

1 ulasan:

Unknown berkata...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.