Sabtu, 16 Januari 2010

PENGANTARABANGSAAN 2010

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SAMURA DENGAN NEGARA VIETNAM, SINGAPURA, AUSTRALIA DAN BRUNEI DARUSSALAM,

1.0 Pengenalan :

Program Pengantarabangsaan adalah salah satu elemen yang dapat memantapkan kecemerlangan pendidikan seseorang. Kecemerlangan sebegini adalah diperlukan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bukan saja cemerlang dari segi akademik tetapi juga cemerlang dari segi sahsiah dan berani menghadapi dunia luar dan sanggup bersaing di peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, Sekolah Menengah Sains Muar membuka langkah untuk menyahut cabaran ini dengan melaksanakan Program Pengantarabangsaan SM Sains Muar. Program ini berteraskan Sejarah, Bahasa Dan Kebudayaan yang melibatkan guru dan pelajar ke dua-dua negara. Guru-guru dan pelajar-pelajar akan menjalani aktiviti-aktiviti yang dirancangan bersama termasuk aktiviti kebudayaan dan lawatan ke tempat-tempat bersejarah.

2.0 Rasional :

Rasional program ini diadakan adalah untuk mewujudkan hubungan komuniti antarabangsa dalam kalangan pelajar-pelajar dan guru-guru SM Sains Muar dengan memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung, tinggal bersama-sama keluarga angkat, membuat persembahan kebudayaan, membentangkan bahan projek di khalayak antarabangsa, membuat perbandingan tentang sistem pendidikan, sejarah, agama dan sosiobudaya sesebuah negara serta menjalinkan kerjasama dua hala dan perkongsian pintar serta kepakaran guru-guru antara kedua-dua buah sekolah dan institusi untuk menjadikan SM Sains Muar menjadi sekolah kluster yang terbaik di Malaysia.

3.0 Tujuan:

3.1 Ingin menjadikan sebuah sekolah menengah sebagai Sekolah Kembar dengan SM Sains Muar.
3.2 Ingin berkongsi maklumat tentang Sistem Pendidikan kedua-dua sekolah atau institusi.
3.3 Ingin mempersembahkan kebudayaan rakyat Malaysia kepada pelajar sebuah sekolah atau institusi yang dilawati.
3.4 Ingin membuat persembahan projek di hadapan pelajar-pelajar di sekolah / institusi yang dikunjungi.
3.5 Ingin menjalinkan perkongsian pintar dan kepakaran antara guru kedua-dua buah sekolah atau institusi
3.6 Ingin melawat tempat-tempat bersejarah di negara yang dikunjungi.

4.0 Program Tentatif

4.1 Hari Pertama,
• Ketibaan rombongan dari Malaysia
• Kunjungan ke Kedutaan Malaysia
• Daftar Masuk ke Hotel Penginapan
• Lawatan Sekitar tempat yang dikunjungi.
4.2 Hari Kedua
• Sarapan
• Program di Sekolah Kembar
9.30 am - Rombongan Tiba
- Ucapan Alu-aluan Pengetua Sekolah
- Ucapan Ketua Rombongan dari SM Sains Muar
- Taklimat tentang Sekolah yang dikunjungi.
- Taklimat tentang SM Sains Muar
- Persembahan Pelajar SM Sains Muar
- Penyampaian Cenderamata
- Lawatan Sekitar Sekolah yang dilawati.
- Sesi Bergambar
12.30 pm - Bersurai
• Lawatan sekitar Bandar di negara yang dikunjungi

4.3 Hari Ketiga ,
• Lawatan ke tempat-tempat Menarik dan Bersejarah
• Berkemas dan Bersiap-siap untuk pulang.
• ‘Check out’ dari Hotel


5.0 Penutup :

Program ini diharap dapat memberi manafaat kepada guru dan pelajar yang menyertai program ini. Perbandingan berkaitan soiobudaya diharap akan membuka mata mereka untuk menilai dan menghargai apa yang mereka miliki. Dengan ini secara tidak langsung akan dapat meningkat dan memantapkan lagi sahsiah dan patriotisme mereka. Mereka juga boleh berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan yang tidak dapat turut sama dalam program ini.

Tiada ulasan: